Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, March 27, 2010

Aku.Cinta.Dan.Dia

Salam, Bonjour & Hi,

Semalam kan 26/3, then it was my bedey la. Hehe. So, hari ni u, i da 20 thn 1 hr. Ok, 20 thn 1 hr. Finnneeee! (emo telebey). Thanks la i ucap kt sumua rakan² yg wish. Byk la cara diorang nk wish kt i, kan. Ade yg ttp lampu, then i msk bilik nyanyi-nyanyi (oh, sweet~ngengenge), ade yg trou fesbuk, ade yg msg, mms, haah, penat la mention sumua. Haha. Thanks bebanyak k. Mille fois merci. I've enjoy turning 20. Kahkahkah. Tua tua tua. Huh.!

Biase la tiap kali bedey i, ade la sowam ni i tggu die wish. Hehe. Haah, die wish u~ I'm not Dreamimzzzz. Ok, kat cni timbol la balek kesah lulu-lulu. Oh, brt mate memandang brt lg i yg gumuk ni nk pikul. Alhamdulillah, Allah bg kekuatan. I tetap dgn pendirian i. I trg kan dgn baek & die terima. I mengaku weh, susah la nk tepis mende ni, tp i ade mision lebey important then i need to korbankan 1 yg kureng penting. Bab perasaan di awal umur ni, let it blows away. Sayang, tp sayang lau xkonfem kita ni berjodoh, baek lupekan. Lupekan, ok! Waste of my time. Rugi duit, rugi kredit, rugi time i nk stadi Co, kikkikkik. Sedangkan yg da kawen pon boleh runtuh kaseh-sayang. Ohh, lg kan kite ni yg xkonfem. Shuuh, Shuuh, pegi men jauh-jauh.! Nanti tiba ms, i cr u balik. (2 pon lau die jodoh i) Haha. Urm, tgh-tgh dilemma, i membelek-belek fesbuk dan i terjumpa 1 article yg cukup i setuju la (pasal mende ni la). Article ni cukup terkesan dlm diri i. In case u jumpe blog ni, bgslah. Jwpn i mmg ade dalam artikel ni. Tanks to 'teeet' cos pos mende ni.

Tajuk : JADILAH SOLEH DAN SOLEHAH DAHULU

Gambar sekadar hiasan

Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.


2 comments: