Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, July 16, 2010

Sekuat Mana Cinta Mu?

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah:

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,"kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku……."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya:
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan! di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku……". Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu….

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Sebarkan kisah ini kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Wallahua’lam.

صلوا على النبي!!!


Hebatnya cinta Rasulullah s.a.w. Mampukah kita membalas cintanya wahai sahabat? Renungkan & selamat beramal. :)

Tuesday, May 18, 2010

Nak Jugak Menggedik

Saya nak jugak menggedik...kih3
Ape tengok?
Tapuas hati?
Suka hati la...

Ekceli,
Contest ni Cik Shaa yg promote,
Tertarek...ehehe,
Buat Miss Yani,Thanks ye organise kontes ni,
Terserlah bakat gedik saya,

Ni kontes die ye,

And,
Here comes, my pix~
Jeng, jeng, jeng...(drum roll)

Daaaaaa~ So last yer


Eh,
Berbakat la budak ni,
Sape ni?, Sape ni? Wakaka
Mulut muncung,
Itik pon tekejut.
Seksi habes.
Jgn tekejut Miss Yani.

P/s : Sori la Miss Yani, I sedikit malas nk edit2 gambar..:0

Saturday, May 15, 2010

Ade Bakat Peng-kritik Filem/Tv Series Tak? :P

Filem yg aku nk kritik ni memang gile meletup lah. Memang kalah filem David Teoh buat. Hehe. Ops, ops, rileks brader~ Jangan serang dulu. Aku kata bende yg realiti, perkataan ni dr otak rasional, bukan perasaan emosional ye. Sori la Abg Teoh, (Eh, abg la kan. Hee, ambek hati) Tak pe, kalau Malaysia punye filem pon aku respek gak. Aku maseh lagi warga Malaysia. Pergi BTN, PLKN pon pergi. Haa, tgk tahap patriotisme maseh lagi tinggi. Jus ade certain tu terlalu tak logik. Tu yg tak 'kaw'.

If Malaysia punye,yg terbaru punye Tv Series, aku pilih AdaMaya (...engkau ilhamkan bahaaaagiaa~~) Bes lagu tu. Huish, bes tu.



Power r citer ni. Lucu ade, romantik ade, pelakon die hensem + semart + cantek + comel, macam-macam lah. Betol-betol hoa liao lah! 5 bintang aku bagi. Jalan crita tak boring. Tak panjang melebar, melarat macam crita Tasbih Cinta (Crita Indon semua gitu kan) Tak larat aku nk melayan. Penat! Same gak crite Mexico ngan crita Philipine. Agak-agak hero nk menang ade je lah jahat nk bg masalah, then berlarutan sampai beratus-ratus episod. Kekadang ending tak la extraordinary pon.

Pas tu, watak crite Indon. Aduh, lemah aku tgk. If yg baek tu, baek tahap gila. Orang cekik pon tak marah. Nk tunjuk perfect ke? Haaha. Tak logik langsung. Baek pon ade tahap. Yg tak tahan ny,e baek je, ade la peri datang. Ngahaha.Setuju? Setuju, angkat tgn...(Dah lah tu, aku kehabisan udara bau ketiak korunk) Hihi.

Eh, rasa da lari dr aim aku ni. Ok, ni nk rekemen kt u oll, tgk la crita


Haa, ni lah para pelakon LOTS (Season 2).
Dari kiri : The Great Wizard of The 1st Order, Zeddicus Zul Zorrander ( Bruce Spence)
Heroin a.k.a Mother Confessor, Kahlan Amnell (Bridget Regan)
The Hero a.k.a The True Seeker, Richard Cypher (Craig Horner
The Mord'Sith, Cara Mason ( Tabrett Bethell )

Crita ni 10 bintang aku bagi. Fuh, bes sangat!!! CHUCK pon sama. Plot crita langsung tak membosankan. Bukan crita hantu ye. Crita die ala-ala zaman Robin Hood la. Mesti tgk! Bes,pasti puas hati, SURE! Tak tipu eh. LOTS ni adaptasi dr buku The Sword Of Truth. Tapi banyak jugak yg tak same. Sama la jugak macam crita Harry Potter. Bukan satu-satu yg dalam buku ade dlm filem die. Hurm. Adventure la crite die. If sentuh latar tempat memang btol-btol satisfying lah. Pemandangan semulajadi kt New Zealand. Marvellous! Now, sedang ditayangkan kt US, Australia, Perancis, tp kt Malaysia tade lagi. (Jgn soal la ak dpt tgk dr mane, paham sendiri ok) Tgh Season 2. Da nk final episod dah pon. Tapi bes lah! Bes! Bes! Yeay!!!








First Award


Hehe...(Senyum kambing)
Today,
Dengan hati yg gembira & berbunga-bunga,
Saya umumkan,
Saya dapat First Award ever,
Sejak jd blogger (kesian kan?) dr Cik Shaa.

Terima Kasih lah kpd Cik Shaa,
Memang tanpa segan silunya saya terima award ni.
Tade tersipu-sipu.
Ambik dgn muka tamak.
Laen kali nk lg.
Bg byk-byk!!!

Naseb baek jd Follower Cik Shaa.
Hee:P

Thursday, May 13, 2010

Alahai Kasut...

Ngahahahaa...Untuk pembukaan, izinkan I gelak ye...Hahahahahahaha!!! (Upss,terlebey suda~)
Kenapa I gelak? Ketawa terhabak-habak, eh silap : terbahak-bahak? Cos time nk tulis title ni, maseh terbayang-bayang situasi petang tadi. Hurm, nk dijadikan crita la kan, petang tadi I ade kelas. So, balek la lewat. (Perkara yg I x suke sejak azali lagi) Time tu, hujan mak oii, lebat gile!! Guruh berdentum di langit, kilat sabung-menyabung-mengerikan (Hehe.., ayt Cik Yuyue a.k.a Shaa). Then, korang taw ape jadi...? Jadi nye, kene la tggu sampai hujan kurang lebat ye. Huhu. Ditggu-tggu, finali huajn reda sket. I ngan Cik A (nama secret eh, jage privacy adik ni) cepat-cepat memulakan langkah. Bukak langkah selembut mungkin takot air tak terpercik sebab nyer lopak di merata tempat, sepanjang yalan I ngan Cik A nk lalu. Klimaks da nk bermula. Stay tuned guys! Sampai je kat tangga (nk balik hostel kene turun curang taw naseb baek ada tangga ni...tu pon da still x cukup ntok haposkan I punyer lemak), wujud la 1 lopak air yg besar lagi dalam. Cukup ntok basah kan seluruh kaki. Haaa, mengerikan. I relax je, redah. Dengan sandal yg da ala-ala reput ni I belasah. (sebenau nyer nk bg sandal cpt rosak, nati bley purchased yg baru *devil face*) Tapi, Cik A ni gelisah gile, haha. Da mula risau takot rosak kasut. Dicari jugak alternatif ntok selamatkan kasot die. I yg selamat sampai seberang sini, da turun tangga but slow & steadi la. Tak larat nk tunggu Cik A. Hujan maseh turun, tggu Cik A alamat nyer basah tengkujuh lah I. Akhirnya, Cik A ni berjaya rentas lopak. Sampai je kt bawah I pandang belakang. Tekejut taw. Rupenyer die rentas lopak tanpa KASUT!!! TANPA KASUT!!! Kasut die pegang, jalan dgn 'Pied Nul'. TAk pakai kasut... Sebab sayang kasut. Jalan jauh kot...Aduhai, Cik A. Haha...



Sekadar hiasan~~

Saturday, May 8, 2010

Why be A Wave When You Can Be an Ocean?


Sunday, May 2, 2010

Pagi-pagi Dah Kalut!

Hello World!

Hari ini buat fes time nyer i tak pegi kelas. Hurm.Ade sebab kot. Bukan saje-saje nak ponteng kot. I yang baek ni nak ponteng kelas, oooo sori siket! So, sape-sape yang ade pikiran begitu, sile mintak maaf cepat ye. Bad tought la u oll nih. Hihi. I kat Kelantan cos nak settlekan I.C. Lame-lame tggl I.C kt JPN kene denda. Haa, time ni sape nk jawab. If kene jawab tape, ni duit pon turut melayang, DENDA la tu. I takesah if u nak bayar. 3 tahun lagi pon I rela tunggu. So, bile jatuhkan hukuman ni jgn fikir diri je. Pikir la kesusahan orang laen jugak ye. Especially warga-warga yg suka fire orang. Sehari je kot. Adelah yg mule bukak pasar minggu kt dalam henphone I. Kepada geng-geng French Kohot 4, I mintak maap la ye. Kahsian kamu semua, tepaksa dgr jualan lelong pagi-pagi. Sorieee sesangat! Thanks la tolong back up.(Waaa,ayt sedey dooh wakaka) Kira I ni yg jenis siket-siket je rebel.(Ek?) Naseb baek Kamu semua. Naseb baek!! Ikut je la rentak. Kene buat itu la, ini la. Dah tahu OK. Dah Tahu Rentak kamu. I awal-awal dah sedia dengan meriam, senapang & letter. Haaaaah!!! Ambek nk sgt. Ambek! Ambek! Bende kecik nk besarkan. Buat kecoh sekampung. Bukan bunuh orang la bang. Sabar ye. Sabar~~ Fuhh!